Bahan-bahan
Ayam Dipotong Dadu ~ anggaran segenggam tangan
Mix Viggie ~ ikot suka byk mane
Bawang Besar ~ 1/2 biji dipotong dadu
Bawang Putih ~ 1 biji dicincang
Sos Cili ~ 3-4 sudu besar
Sos Tomato ~ 1-2 sudu besar
Cili Kisar ~ 1 sudu besar
Sos Tiram ~ 1 sudu besar
Telur ~ 3biji
Garam ~ secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara:
Panaskan minyak didalam kuali..
Masukkan ayam yg telah dipotong dadu.
Bila ayam dah separuh masak masukkan bawang besar,bawang putih&cili kisar.
Masak sampai cili garing, kemudian masukkan sos cili,sos tomato&sos tiram..
Kemudian masukkan mix viggie ( wawa rebus dulu mix viggie biar lembut sedikit )
Masukkan garam secukup rasa
Ini la hasilnye
Cara buat telur..
Panas sedikit minyak didalam kuali..
Tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali.
Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh menutupi bahan2 td.
Letakkan bahan td ditengah2 kuali.
Lipat telur td menjadi 4segi.. *tak jd 4 segi pon xpe ^^*
Taraaaa mcm roti canai jeee ^^
Nyammmm..nyammm..nyamm sedap tak!!
Selamat mencuba ^^
P/S:-
kalau xde mix viggie korang boleh guna carrot,bunga kobis,tomato tp kena potong dadu la...
anggaran 2 korang kena rase biar sos cili byk baru sedap...
Kalo nk berkuah letak air sedikit, jgn letak byk plak nnt jd telur berkuah plak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan