Powered By Blogger

Isnin, 17 Januari 2011

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1/2 ayam dipotong 4 atau 5
Garam
Kunyit
1 cawan cili kisar
1cawan air
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
1/2 cawan sos cili
3 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:
Ayam dibersihkan,gaul dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak
Tumis bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,serai sehingga naik bau...
Masukkan cili kisar dan air  masak sehingga pecah minyak
Kemudiaan masukkan sos cili, sos tiram masak sehingga naik minyak
Masukkan ayam yg telah digoreng td ke dalam sambal..
Gaul sampai sebati dan padamkan api..

P/S:
Lebih banyak sos cili lg sedap..
Tak ada lengkuas pon tak apa janji halia ada..
Kalau nak lebih kuah tambah banyak sedikit air kalo tak nak berkuah letak sedikit sahaja air..

SELAMAT MENCUBA ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan