Powered By Blogger

Rabu, 2 Februari 2011

Mee Bandung Simple

Bahan-bahan:
1 genggam mee kuning
2 ekor udang
2 ulas bwg putih dicincang
1biji telur
2 biji cili api
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar  sos tomato
1susu sos tiram
ayam sedikit dipotong dadu
sawi ikot suka nk letak banyak mana
air
minyak
garam

Cara-cara
Celur sekejap mee kuning dan toskan
Masuk minyak dalam kuali,tumis bawang putih dan cili api  hingga naik bau
Masuk aym dan udang
Masuk cili kisar, masak hingga garing dan masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram hingga mesra..
Masukkan sayur sawi dan letak air biar sampai mendidih
Letak sedikit garam
Masukkan mee td dan pecahkan telur jgn kacau supaya telur tidak pecah.
Dah siap utk dihidang ^^





P/S: mee bandung slalunye  masam sdikit, anda boleh tambah sos tomato lebih sdikit .. Wawa xsuka masam sgt..
 wawa pnye mee bandung mmg ikot tekak wawa laa hehe mee bandung simple la katekan .. 
Sukatan air 2 ikot sukatan  korang laa.. jgn cair sgt dan jgn pekat sgt..


Selamat Mencuba ^^



Isnin, 17 Januari 2011

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1/2 ayam dipotong 4 atau 5
Garam
Kunyit
1 cawan cili kisar
1cawan air
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
1/2 cawan sos cili
3 sudu besar sos tiram

Cara Penyediaan:
Ayam dibersihkan,gaul dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak
Tumis bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,serai sehingga naik bau...
Masukkan cili kisar dan air  masak sehingga pecah minyak
Kemudiaan masukkan sos cili, sos tiram masak sehingga naik minyak
Masukkan ayam yg telah digoreng td ke dalam sambal..
Gaul sampai sebati dan padamkan api..

P/S:
Lebih banyak sos cili lg sedap..
Tak ada lengkuas pon tak apa janji halia ada..
Kalau nak lebih kuah tambah banyak sedikit air kalo tak nak berkuah letak sedikit sahaja air..

SELAMAT MENCUBA ^^

Bubur Jagung

Bahan-bahan

2 tongkol jagung mentah dihiris nipis
2 sudu besar sagu
secubit garam
100ml santan pekat
1.5 liter air
5 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan di simpul

Cara Penyediaan:
Masuk jagung dihiris,air, garam dan daun pandan ke dlm periuk
Masak di atas api sederhana
Biar sampai mendidih dan baru masukkan santan
Basuh sagu dan tos kan
Masuk sagu dan gula pasir, kacau sehingga sagu menjadi jernih
Boleh la tutup api dan siap dihidang utk makan petang ^^
P/S:
wawa pkai jagung mcm diatas ni..^^ Tapi kalo korang nk sedap beli jagung tongkol hiris nipis2 lg sodap!!
Kalu yang tak suka sagu , tak bubuh pon tak apa
Gula boleh ditambah pada sesiapa yg suka manis..

SELAMAT MENCUBA!!!

Telur Bistik

Bahan-bahan Telur

Telur ~ 2 biji
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng telur

Bahan Sos
ayam dipotong dadu 
1/2 bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dicincang
bunga kobis dan carrot
3 biji cili api
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan sos tiram
1 cawan air
garam secukup rasa
minyak masak

Cara Penyediaan

Pecahkan telur 2 biji td ke dalam mangkuk dan letak sedikit garam. Pukul telur sehingga mesra..
Panaskan minyak, goreng bancuhan telur td seperti mengoreng telur dadar..
angkat dan ketepikan

Untuk sos:
Panaskan minyak,goreng ayam separuh masak
Masukkan bawang besar,bawang putih dan cili api  sehingga naik bau
Masukkan sos cili dan sos tiram kacau sehingga mesra
Masukkan bunga kobis dan carrot kacau... dan masukkan  air biar sampai bunga kobis dan carrot lembut..
Last sekali masuk garam secukup rasa

Tuangkan sos td pada telur yg telah didadarkan

Taraaa jd mcm ni laa ^^

P/S : 
Nak sos 2 byk tambah air dan letak sedikit bancuhan tepung jagung..
Nak letak sos tomato pon boleh tp jgn letak byk sangat.. Takot masam
Sedap dimakan dengan nasi putih + tomyam nyammmm3..^^


SELAMAT MENCUBA !!!

Jumaat, 14 Januari 2011

Telur Bungkus

Bahan-bahan

Ayam Dipotong Dadu ~ anggaran segenggam tangan
Mix Viggie ~ ikot suka byk mane
Bawang Besar ~ 1/2 biji dipotong dadu
Bawang Putih ~ 1 biji dicincang
Sos Cili ~ 3-4 sudu besar
Sos Tomato ~ 1-2 sudu  besar
Cili Kisar ~ 1 sudu besar
Sos Tiram ~ 1 sudu besar
Telur ~ 3biji
Garam ~ secukup rasa
Minyak masak


Cara-cara:

Panaskan minyak didalam kuali..
Masukkan ayam yg telah dipotong dadu.
Bila ayam dah separuh masak masukkan bawang besar,bawang putih&cili kisar.
Masak sampai cili garing, kemudian masukkan sos cili,sos tomato&sos tiram..
Kemudian masukkan  mix viggie ( wawa rebus dulu mix viggie biar lembut sedikit )
Masukkan garam secukup rasa

Ini la hasilnye

Cara buat telur..
Panas sedikit minyak didalam kuali..
Tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali.
Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh menutupi bahan2 td.
Letakkan bahan td ditengah2 kuali.
Lipat telur td menjadi 4segi.. *tak jd 4 segi pon xpe ^^*
Taraaaa mcm roti canai jeee ^^
Nyammmm..nyammm..nyamm sedap tak!!

Selamat mencuba ^^

P/S:-
kalau xde mix viggie korang boleh guna carrot,bunga kobis,tomato tp kena potong dadu la...
anggaran 2 korang kena rase biar sos cili byk baru sedap...
Kalo nk berkuah letak air sedikit, jgn letak byk plak nnt jd telur berkuah plak... 

Khamis, 13 Januari 2011

Air Asam

Bahan-Bahan:

Bahan A
1/2 Tomato
1inci Belacan
Segenggam Asam Jawa
Air Masak ( bancuh  dgn asam jawa diatas)

Bahan B
5 Biji Cili Api Dihiris
2 Tangkai Daum kesum Dihiris
1/2 Tomato Dipotong Dadu
Air Asam Jawa Sedikit
Garam & Gula

Cara-cara:
Bahan A di blend jgn sampai hancur..
Siap blend masuk bahan A dan bahan B ke dalam bekas
Letak sedikit garam dan gula
Gaul smpai sbati....
selamat mencuba ^^



Ini laa hasilnye ^^

Boleh dimakan bersama kerang rebus,ikn bakar dan lain-lain...